Isu-isu yang berkaitan dengan gaya hidup sihat kerap diperkatakan
oleh setiap lapisan masyarakat. Amalan gaya hidup sihat akan membolehkan
seseorang itu hidup sihat sepanjang hayat. Banyak Pandangan berkaitan
dengan gaya hidup sihat, tetapi adalah tidak wajar kita mengambil mudah
tentang amalan gaya hidup sihat ini.
- Menjaga Pemakanan Seharian
Antara
amalan gaya hidup sihat ialah menjaga pemakanan seharian kita. Oleh
itu, kita hendaklah mengamalkan makanan seimbang. Pemakanan seimbang
membolehkan tubuh badan kita sihat dan tidak terlalu gemuk. Pemakanan
yang tidak seimbang akan menyebabkan badan kita mendapat pelbagai
penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis.
2. Bersenam atau Beriadah
Selain
itu, kita juga hendaklah rajin bersenam atau beriadah. Dengan melakukan
aktiviti senaman, jantung akan menjadi sihat dan kuat. Sisa toksik
dalam badan pula akan keluar melalui peluh kita semasa bersenam. Senaman
yang kita lakukan akan membolehkan darah mengalir dengan baik dan
menguatkan lagi otot-otot badan.
3. Menjaga Kebersihan Rumah dan Persekitaran
Amalan
gaya hidup sihat seterusnya ialah menjaga kebersihan rumah dan
persekitaran. Tempat-tempat yang membolehkan nyamuk membiak mestilah
dihapuskan. Segala sampah sarap hendaklah dubuang ke temapat yang
dikhaskan. Jangan sesekali membuang sampah sarap ke dalam sungai atau
dibaar di luar rumah kerana ia boleh menyebabkan pencemaran alam
sekitar.
4. Membuat Pemeriksaan Kesihatan
Di
samping itu, kita juga hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan.
Pemeriksaan kesihatan ini boleh dibuat di hospital kerajaan atau swasta.
Dengan mengetahui tahap kesihatan kita, kita boleh megambil langkah
tertentu bagi memastikan kesihatan kita terus berada dalam keaaan baik.
Pemeriksaan ini boleh dibuat dua kali satahun.
5. Elakkan Perbuatan Menjejaskan Kesihatan
Kita
juga mesti menjauhi perbuatan yang boleh menjejaskan kesihatan. Antara
perkara yang boleh menjejaskan kesihatan ialah menghisap rokok, minum
arak dan menagih dadah. Tabiat menghisap rokok boleh menyebabkan
seseorang mendapat penyakit paru-paru dan jantung. Manakala penagihan
dadah boleh menyebabkan punca penyakit sosial dan masyarakat, menjadi
penghalang kepada kemajuan dan pembangunan negara, maka marilah kita
meningkatkan kesedaran dan kefahaman kita terhadap bahaya penyalahgunaan
dadah, dan berusaha mengawal dan mencegah berlakunya kegiatan buruk
ini.
Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa amalan
yang perlu kita lakukan untuk membolehkan kita hidup sihat. Amalan gaya
hidup sihat ini harus dipupuk sedari kita kecil dimana ibu bapa serta
anggota keluarga memainkan peranan mereka dalam mengamalkan gaya hidup
sihat. Oleh itu mencegah lebih baik dari mengubati.
Cara membentuk Perut 6-Pax
Apa senaman terbaik untuk perut? sebelum persoalan tersebut dijawab suka
saya ingin tanya, adakah setiap kali anda makan, anda boleh
mengarahkan lemak supaya berkumpul hanya di perut? Apakah perlu buat
senaman perut setiap hari? Sebelum menjawab itu juga, saya ingin
bertanya, adakah anda makan setiap hari atau selang-selang?
Senaman
melibatkan penurunan perut atau pembentukan six-pack bukan hanya
bertumpu pada 'everyday sit-up'. Latihan bebanan sendiri sudah
menggunakan core-muscle yang merangkumi perut dan pinggang. Berlatih
dada menggunakan core-muscle, buat squatmenggunakan core-muscle, boleh
kata hampir keseluruhan pergerakan ada menggunakancore-muscle. Jadi
ditambah dengan pemakanan yang baik, itu yang membentuk otot perut yang
cantik.
Adakah sit-up beribu-ribu kali membantu dalam membentuk
six-pack? Jika beribu-ribu, saya akan jawab ya, tetapi berapa ramai yang
dapat buat beribu tu? Biasanya ada penyekatan disebabkan kekurangan
garam tertentu seperti potassium yang mana akan menyebabkan krem jika
melebihi satu angka, setiap orang berbeza. Tetapi dalam masa yang sama
perlu diingatkan, jika pemakanan tidak betul, ada kemungkinan badan akan
catabolismedisebabkan senaman berlebihan. Jadi yang terbakar bukan lagi
lemak.
Apakah senaman terbaik untuk perut? Saya jarang
mencadangkan bangkit tubi atau sit-updisebabkan beberapa sebab termasuk
catabolisme, risiko kecederaan di pinggang dan lain-lain. Saya cadangkan
plank. Bagaimana? Kekal dalam posisi dalam gambar di bawah untuk 1
jangka waktu. Lagi lama lagi baik dengan keadaan badan lurus. Jika
sedikit ke atas akan lebih menyasarkan bahagian pinggang belakang. Elok
untuk mereka yang dalam rehabilitasi daripada sakit pinggang. Tetapi
perlu diingatkan secara amnya ada dua pergerakan yang melibatkan
rehabilitasi pinggang, secara melintang dan menegak. Saya akan ceritakan
dalam topik rehabilitasi suatu hari nanti.
Apakah twist itu
elok? Hari ini kita dapat lihat, ada mesin direka dengan bebanan untuk
melakukan twist. Atau secara oldschool-nya, sejak dari zaman Arnold
Scwachzeneggermenggunakan twist samada menggunakan batang kayu atau
besi. Adakah ianya elok atau selamat? Twist mungkin tambahkan kelenturan
pada sesuatu pergerakan tetapi sebenarnya tidak banyak membantu dalam
menurunkan saiz pinggang. Dari segi keselamatannya, cuba bayangkan
bahagian di tulang vertebra anda berputar-putar yang mana sepatutnya ada
sekatan dalam pergerakan untuk menjaga tulang belakang. Kenapa
mesin-mesin itu dicipta? Sebenarnya lebih pada mengikut permintaan.
Jurulatih yang baik, akan cuba elakkan pelatih di bawahnya menggunakan
mesin tersebut. Boleh digunakan tetapi dengan pergerakan yang betul,
tidak keterlaluan dan lebih sesuai untuk kegunaan atlet tertentu
berbanding digunakan untuk kelihatan ramping. Zaman dah semakin maju
dengan pelbagai kajian dan pembaikpulih dalam sistem latihan. Janganlah
mengikut 100% latihan 100 tahun dahulu.
Saya sering melihatkan
ada orang memegang dumbbell di kedua belah tangan dan menggerakkan
badan, bila ditanya, dia cakap untuk buang lemak di bahagian tepi perut.
Ada ke senaman begitu? Untuk pengetahuan semua, pergerakan senaman
adalah mengikut garisan otot. Samada memanjangkan atau memendekkan otot.
Jika kita lihat struktor anatomi bahagian oblique, kita akan dapati
bahawa otot oblique senget ketepi. Jadi pergerakan dari atas ke bawah
tidak membantu malas memberi tekanan pada otot terlibat. Ada atlet
mungkin memerlukan pergerakan yang pelik-pelik ini, tetapi jika hanya
menyasarkan membakar lemak, elakkan pergerakan-pergerakan pelik.
Jadi
apakah kesimpulannya? Sertakan latihan aerobik dan anaerobik serta
penjagaan makan yang baik. Tiada cara singkat untuk membentuk perut.
Tetapkan jangka masa yang munasabah. :p
Kelebihan - Kelebihan Solat Sunat Terawih Mengikut Malam.
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat Orang-orang yang menge
rjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.